2 tahun kahwin baru kantoi suami sebenarnya perempuan, terkejut tahu kes sebenarnya jadi dekat Malaysia

Oleh MAISARAH AISYA

Masih ada yang tidak bersyukur dilahirkan sebagai seorang lelaki atau perempuan hingga ada yang buat keputusan menukar jantina.

Tidak hanya itu alat kelamin juga dibuang agar orang lain yakin bahawa mereka sebenarnya adalah jantina berlainan.

Seorang peguam syarie, Puan Hazwani Zainal menerusi TikTok berkongsi mengenai satu kes berkaitan wanita mendakwa mengahwini suaminya yang sebenarnya adalah perempuan.

Wanita tersebut memaklumkan dia dan suami sudah berkahwin selama dua tahun dan hanya mengetahui mengenai jantina asal baru-baru ini.

Disoal mengenai cara dia mengetahui hal tersebut, wanita itu mendedahkan dia terjumpa satu dokumen meminda maklumat jantina.

“Masa tengah kemas barang lama suami di rumah pusaka arwah nenek dia, saya terjumpa dokumen perubatan yang atas nama suami.

“Rupanya dia pernah buat pembedahan untuk jadikan dia lelaki dan ada surat kelulusan untuk pinda maklumat jantina pada kad pengenalan.

“Dalam kad pengenalan dia memang ditulis lelaki. Kalau tengok fizikal dia pun memang nampak fizikal lelaki dan sebab tu masa nak daftar nikah, pejabat agama boleh luluskan,” ujar wanita itu.

Malah wanita tersebut juga memaklumkan sudah menangkap gambar dokumen tersebut dan disimpan di dalam telefonnya serta mahukan nasihat peguam itu.

“Ada dua perkara yang puan perlu buat. Pertama puan kena laporkan kepada Pendaftar Nikah di Pejabat Agama Daerah berkenaan dengan perkara yang puan dakwakan ni.

“Langkah kedua, puan kena mohon kepada mahkamah syariah untuk faraqkan nikah tersebut kerana pernikahan tersebut adalah tidak sah disisi hukum syarak.

“Antara syarat sah calon suarni adalah calon suami tersebut mesti lelaki tulen. Jika dia bukan lelaki tulen (lahirnya sebagai seorang perempuan), maka tidak sah perkahwinan tersebut sebab rukun nikah tidak dipenuhi.

“Ya, mahkamah boleh perintahkan supaya JPN tukar semula nama dan jantina mengikut sebagaimana yang didaftarkan ketika dia lahir dahulu,” katanya menjawab persoalan agar tiada lagi wanita menjadi mangsa.

Ramai yang menyoal sama ada suami wanita terbabit dilahirkan sebagai khunsa dan mempunyai dua alat kelamin bagaimanapun perkara tersebut ditepis Puan Hazwani.

“Pihak-pihak yang melakukan pembedahan maskulinasi melibatkan Phalloplasty atau Metoidioplasty, alat kelamin tu memang berfungsi.

“Ada beberapa kes di Mahkamah sivil melibatkan permohonan tukar jantina dan ya memang sahih suami tu sebenarnya perempuan setelah tiga orang pakar perubatan dipanggil untuk tentukan jantina sebenar.

“Mahkamah faraqkan nikah mereka dan arahkan JPN buat pembetulan semula ikut sijil lahir,” jelas di ruangan komen.

Baca juga: “Kereta ini tiada di Indonesia!” – Pelajar seberang dedah punca pilih pakai Proton Satria di Malaysia