Malaysia Dateline

Istana Negara

20 kenderaan VIP memasuki Istana Negara, Agong tiba dengan helikopter

Lebih 20 kenderaan golongan kenamaan (VIP) jenis Proton Perdana dan Toyota Alphard dilihat memasuki perkarangan Istana Negara sebentar tadi.

Kesemua kenderaan terbabit memasuki Istana Negara dengan diiringi polis pengiring bukan melalui pintu utama  pada jam 5.35 petang.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong dilihat tiba di Istana Negara dengan sebuah helikopter pada kira-kira jam 4.30 petang tadi dari Kota Permai, Shah Alam bagi menghadiri sebuah perlawanan golf di sana.

Sejak pagi tadi, beberapa mesej yang tular di WhatsApp mendakwa Dr Mahathir dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Dr Mohamed Azmin Ali, akan ke Istana Negara, petang ini.