20 maut dalam nahas jalan raya di Cameroon

20 maut dalam nahas jalan raya di Cameroon

Kira-kira 20 orang, termasuk kanak-kanak, maut dalam satu nahas jalan raya pada petang Rabu di lebuh raya Ngaoundere-Touboro di utara Cameroon, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.

Saksi berkata nahas itu berlaku apabila sebuah trak bertembung dengan sebuah bas.

“Beberapa orang turut cedera. Mereka kini menerima rawatan perubatan di Hospital Daerah Ngaoundere,” kata Jean-Claude Ombang Christian, antara mangsa yang terselamat, kepada Xinhua.

Tahun lepas, Kementerian Pengangkutan Cameroon menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya 1,200 maut dalam nahas jalan raya setiap tahun di negara itu.

— BERNAMA