Malaysia Dateline

20 Peguam Muda AMANAH jadi pemerhati demonstrasi esok

Lebih kurang 20 Peguam Muda AMANAH akan bersama-sama menjadi pemerhati di demonstrasi aman #TangkapAzaBaki yang dijadualkan berlangsung 11.00 pagi esok.

Peguam Fadhli Umar Aminolhuda berkata, pihaknya berpendirian bahawa berhimpun dengan aman adalah hak yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

himpunan demonstrasi jalan raya bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Demonstrasi aman itu dijadual diadakan pada pukul 11 pagi di hadapan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, esok.

Bagaimanapun polis turut meminta orang ramai tidak menyertai atau menganjurkan sebarang perhimpunan kerana Fasa 4 PPN masih dikuatkuasakan di seluruh negara termasuk Kuala Lumpur.