Malaysia Dateline

200 sukarelawan BSMM sedia digerak atur menghadapi banjir di Kelantan

Dua ratus sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kelantan sedia digerak atur bagi menghadapi banjir di negeri itu.

Panel Penasihat BSMM Kelantan Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata sukarelawan terbabit akan melaksanakan kerja-kerja membantu mangsa banjir dan membantu pihak berkuasa pengurusan bencana lain ketika berlakunya bencana alam itu.

“Kita berhubung rapat dengan agensi berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut kemungkinan berlaku banjir berdasarkan pengalaman lalu ketika musim tengkujuh.

“Sukarelawan kami telah mempunyai latihan dan pengalaman untuk memberikan khidmat bantuan kepada mangsa banjir,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Kelantan dijangka menerima 45 peratus daripada 2,700 milimeter purata taburan hujan tahunan untuk tiga bulan terakhir tahun ini.

— BERNAMA