Malaysia Dateline

Year: 2017

Mahfuz isytihar keluar Pas berkuatkuasa jam 11.59 malam ini

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar hari ini mengumumkan pemberhentiannya daripada menganggotai Parti Islam SeMalaysia (Pas) berkuatkuasa jam 11.59 malam ini. Menurut Mahfuz, pemberhentian beliau sebagai ahli Pas yang beliau sertai selama 34 tahun sejak 12 Mac 1984 adalah ekoran tindak-tanduk tidak sihat kepimpinan tertinggi Pas dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perjuangan Islam. …

Mahfuz isytihar keluar Pas berkuatkuasa jam 11.59 malam ini Read More »

Agensi keselamatan diseru berkecuali, bertindak profesional tangani PRU

Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menyeru semua agensi keselamatan, pertahanan dan perisikan negara iaitu Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia agar berhati-hati, berkecuali dan professional dalam menangani apa-apa kemungkinan yang kelak terjadi sebelum dan pasca tempoh PRU. “Patriot ingin menyatakan keprihatinan kami dan mengambil pandangan berhati-hati tentang apa yang mungkin berlaku kepada negara, sebelum dan …

Agensi keselamatan diseru berkecuali, bertindak profesional tangani PRU Read More »

Imbasan 2017: Pakatan Harapan mara melangkah

Kesepakatan politik antara AMANAH, Bersatu, DAP dan PKR itu pastinya bukan situasi yang menggembirakan BN dan Pas ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semakin hampir. Pembahagian kepimpinan mengikut negeri yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 28 Ogos lalu adalah kemuncak isyarat serius blok mega pembangkang itu untuk bertempur di PRU-14. Serentak itu …

Imbasan 2017: Pakatan Harapan mara melangkah Read More »

Kerajaan ‘kitar semula’ daftar pemilih kononnya dilupuskan SPR, dakwa Abdul Rashid

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, SPR terpaksa ‘kitar semula’ daftar pemilih tahun 1994 dan 2004 yang dikatakan telah dilupuskan semata-mata terpaksa bersekongkol dengan kerajaan untuk memenangkan Barisan Nasional (BN). “Sebenarnya kerajaan kitar semula daftar pemilih yang dikatakan telah dipadamkan itu untuk menghadapi PRU14 nanti. “Saya adalah …

Kerajaan ‘kitar semula’ daftar pemilih kononnya dilupuskan SPR, dakwa Abdul Rashid Read More »

Adun Lepar meninggal dunia pagi ini

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lepar Datuk Mohd Shohaimi Jusoh, 55, meninggal dunia di rumahnya di Sungai Isap Damai, di sini, awal pagi ini. Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail berkata, beliau dimaklumkan berita itu oleh pegawai arwah kira-kira 3.55 pagi dan amat terkejut kerana mereka baharu berjumpa pada Jumaat lepas. Katanya …

Adun Lepar meninggal dunia pagi ini Read More »

Satu derap, satu harapan di Himpunan Turun-Turun malam ini

Pemuda Pakatan Harapan (PH) akan menganjurkan suatu himpunan membantah kenaikan harga petrol dan diesel yang dinamakan “Himpunan Turun! Turun! – Turun Harga Minyak, Turun Najib Razak” bertempat di hadapan bangunan Sogo di ibu negara pada jam 11 malam ini bertepatan dengan sambutan ketibaan tahun baharu 2018. Peserta himpunan kemudian akan berarak ke Dataran Merdeka, kata …

Satu derap, satu harapan di Himpunan Turun-Turun malam ini Read More »

Mahasiswa gesa kerajaan kembalikan subsidi minyak sambut 2018

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa kerajaan mengkaji semula cadangan bagi mengembalikan subsidi bagi bahan bakar bagi mengurangkan beban yang ditanggung rakyat dek kerana kenaikan berterusan harga minyak sempena kedatangan tahun baharu 2018. “Harga minyak merupakan satu perkara yang sangat sensitif kepada rakyat, oleh itu kerajaan perlu peka mengenai perkara ini. “PKPIM merasakan sudah …

Mahasiswa gesa kerajaan kembalikan subsidi minyak sambut 2018 Read More »