Malaysia Dateline

Month: September 2017

Jentera Pas tak akan bantu parti lain PRU14

Jentera pilihan raya Pas tidak akan membantu jentera pilihan raya parti-parti lain pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) kelak, kata timbalan presiden parti itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata jentera Pas akan memberikan sepenuh komitmen terhadap parti sendiri bagi menjamin kemenangan Pas pada PRU14. “Jentera (pilihan raya) kita tidak sama sekali akan …

Jentera Pas tak akan bantu parti lain PRU14 Read More »

Polis Klang tak luluskan Centro German F&B Party

Polis tidak akan meluluskan sebarang permit bagi penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman yang dijadual berlangsung di sebuah pasar raya di Klang, pada 12 dan 13 Oktober ini. Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mazelan Paijan ketika dihubungi berkata ini kerana festival yang dinamakan ‘Centro German F&B Party’ itu turut menyediakan minuman keras atau arak …

Polis Klang tak luluskan Centro German F&B Party Read More »

SPNB dirayu lupus baki pinjaman rumah didiami ibu tunggal

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) merayu Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) melupuskan baki pinjaman rumah generasi baharu Felda yang didiami golongan ibu tunggal. SPNB dan Felda melaksanakan projek pembinaan rumah mampu milik untuk generasi baharu Felda di tanah-tanah rancangan. Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata demikian selepas menziarahi Rosimah Yatim, 41, di Felda Bukit Besar, …

SPNB dirayu lupus baki pinjaman rumah didiami ibu tunggal Read More »

Pengarah kolej swasta direman bantu siasatan rasuah

Seorang pengarah sebuah kolej swasta di Maran dekat Kuantan, direman lima hari sehingga Rabu bagi membantu siasatan rasuah dalam pengeluaran sijil asasi sains kepada pelajar yang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di luar negara. Majistret Nordiana Abd Aziz mengeluarkan perintah itu hari ini selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menerusi Pegawai …

Pengarah kolej swasta direman bantu siasatan rasuah Read More »

Pas terdesak peralat kanak-kanak capai sasaran 200,000 peserta?

Begitu banyak gambar kanak-kanak dimuat naik di laman Facebook Fastaqim 2.0 sekali gus dilihat bercanggah dengan isyarat Pas sudah bersiap sedia dengan ‘gelombang hijau’ bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Semakan Malaysia Dateline mendapati sejumlah besar gambar golongan berusia di bawah 12 tahun dimuatkan dalam program yang diuar-uarkan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Ustaz Mohd …

Pas terdesak peralat kanak-kanak capai sasaran 200,000 peserta? Read More »

MIC bantah Umno mahu hapuskan kuota parti

Walaupun lima kerusi Parlimen ditandingi calon MIC gagal dimenangi pada pilihan raya umum lalu, parti komponen BN itu bertegas mahu sistem kuota bagi pengagihan kerusi dikekalkan. Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya mahu mempertahankan sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. …

MIC bantah Umno mahu hapuskan kuota parti Read More »

Nasrudin: DAP tidak matang larang Pas bantah pesta arak

Tindakan pemimpin DAP Selangor yang meminta Pas supaya tidak menjadi ‘hero’ kepada umat Islam di negara ini yang membantah penganjuran pesta arak ‘Better Beer Festival 2017’ (BBF17) di Selangor disifatkan sebagai satu tindakan politik ‘kebudak-budakan’. Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata kenyataan pemimpin DAP itu yang turut menggesa Pas memberi perhatian kepada negeri …

Nasrudin: DAP tidak matang larang Pas bantah pesta arak Read More »