Malaysia Dateline

Month: November 2017

RCI kerugian forex cadang polis buka kertas siasatan, tidak nyatakan pihak bertanggung jawab

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia mengesyorkan agar polis membuka siasatan rasmi terhadap kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah dalam urusan tersebut. Laporan setebal 400 muka surat yang diedarkan kepada ahli Parlimen hari ini menyarankan siasatan dilakukan terhadap semua pihak yang terlibat termasuk bekas perdana menteri …

RCI kerugian forex cadang polis buka kertas siasatan, tidak nyatakan pihak bertanggung jawab Read More »

Kementerian akhirnya akui pembalakan hutan Merapoh langgar syarat, arah henti kerja

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengarahkan supaya kesemua aktiviti pembalakan dan pembangunan yang dijalankan di Hutan Merapoh, Lipis, dihentikan segera. Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang ingkar arahan tersebut. “Kita telah kaji secara ringkas, banyak pihak yang terlibat dalam hal ini… pembangunan …

Kementerian akhirnya akui pembalakan hutan Merapoh langgar syarat, arah henti kerja Read More »

Usah berdalih, jelaskan pendirian Malaysia tentang isu Timur Tengah

Beberapa soalan saya semasa perbahasan Kementerian Pertahanan kelmarin masih tidak dijawab oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Datuk Seri Johari Bahrom dengan baik. Komen yang di buat oleh beliau amat mengecewakan dan tidak bertanggungjawab serta tidak menepati status sebagai seorang Timbalan Menteri. Isu peranan serta perbelanjaan Malaysia dalam menyertai sekutu tentera Arab Saudi menyerang Yaman tidak …

Usah berdalih, jelaskan pendirian Malaysia tentang isu Timur Tengah Read More »

PH mahu MB Johor disiasat ekoran rakaman disahkan benar

Pakatan Harapan (PH) Johor menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pembabitan menteri besar Johor dalam skandal hartanah Bumiputera di negeri tersebut ekoran kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berhubung kesahihan dokumen siasatan skandal tersebut yang dibocorkan pihak tertentu. Dalam satu kenyataan bersama, Pengerusi PH Johor Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Pengerusi PPBM …

PH mahu MB Johor disiasat ekoran rakaman disahkan benar Read More »

Pyanhabib guna jari telunjuk deklamasi sajak ‘Pemakan Bangkai’

Penyair dan sasterawan tanah air, Pyanhabib menggunakan daya kreatifnya semasa mendeklamasikan sajak pada acara puisi anjuran bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP baru-baru ini. Penggiat teater yang terkenal dengan gelagat humornya itu mendeklamasikan sajak nukilannya sendiri yang mengkritik keras penularan budaya rasuah …

Pyanhabib guna jari telunjuk deklamasi sajak ‘Pemakan Bangkai’ Read More »

Anwar dikunjungi Guan Eng dan Azmin

Ketua umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menerima kunjungan para pemimpin negara ketika menerima rawatan bahu kanannya di hospital. Semalam, ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dibenarkan menziarahi bekas timbalan perdana menteri itu di Hospital Rehabilitasi Cheras. Timbalan pengarah dasar kepenjaraan, Jabatan Penjara Malaysia Supri Hashim dalam satu kenyataan berkata, menteri besar …

Anwar dikunjungi Guan Eng dan Azmin Read More »

Tuduhan pengganas kepada Dr Zakir Naik perlu bukti, k’jaan Modi punyai agenda

Tuduhan pengganas kepada pendakwa terkemuka, Dr Zakir Naik (foto) perlu dibuktikan dan tidak harus semata-mata bersandarkan laporan kerajaan India serta media dan tulisan media sosial masyarakat di India, kata Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad. Menurut beliau daripada ceramah Dr Zakir Naik yang mudah diikuti di internet, tidak ada walaupun satu ucapan pendakwah itu yang boleh …

Tuduhan pengganas kepada Dr Zakir Naik perlu bukti, k’jaan Modi punyai agenda Read More »