Malaysia Dateline

Month: February 2019

Notis kepada juruterbang dikeluarkan elak ruang udara Pakistan

Notis Kepada Juruterbang (NOTAM) sudah dikeluarkan kepada semua syarikat penerbangan negara ini supaya mengelak daripada menggunakan ruang udara Pakistan berikutan ketegangan terkini di antara India dan Pakistan. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata langkah itu merupakan prosedur operasi standard (SOP) yang diamalkan industri penerbangan negara selepas tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014. “Memang selepas …

Notis kepada juruterbang dikeluarkan elak ruang udara Pakistan Read More »

Segmen ternakan jejas keuntungan MFM bagi FY18

Malayan Flour Mills Bhd (MFM) mencatat keuntungan lebih rendah bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2018 (FY18) berikutan kerugian operasi membabitkan usaha sama serta segmen perniagaan penternakan bersepadu syarikat itu. Keuntungan bersih pengilang tepung dan penternakan ayam itu susut kepada RM17.78 juta daripada RM68.57 juta yang dicatatkan pada FY17 walaupun perolehannya meningkat sebanyak 0.9 peratus kepada RM2.42 bilion. …

Segmen ternakan jejas keuntungan MFM bagi FY18 Read More »

Sawit, getah berpotensi jana keuntungan negeri Johor, kata Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, Johor adalah negeri yang strategik dan berpotensi menjana keuntungan dalam negeri hasil kewujudan ladang kelapa sawit dan pokok getah di negeri itu. Beliau berkata, negeri yang berada paling hujung di selatan tanah air itu, mempunyai tanah subur yang berpotensi menghasilkan rencam tanaman. Mahathir berkata, kedudukan Johor yang bersebelahan …

Sawit, getah berpotensi jana keuntungan negeri Johor, kata Mahathir Read More »

Ubah pemikiran sosialis, elak kecam sistem kapitalis, kata Mahathir

Sesetengah pemimpin kerajaan Pakatan Harapan hari ini harus mengubah cara pemikiran sosialis mereka dan tidak terus mengecam sistem kapitalis, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata kerajaan hari ini merupakan mereka yang berada lebih 60 tahun di barisan pembangkang dan ada sesetengah mereka masih bersifat pembangkang. “Umpamanya pembangkang kadang-kadang ada yang bersifat sosialis …

Ubah pemikiran sosialis, elak kecam sistem kapitalis, kata Mahathir Read More »

Kematian Adun PH amaran Allah: Balu tuntut Mohamed Satim mohon maaf

Ketua Umno Bahagian Puchong, Datuk Mohamed Satim Diman diberi tempoh 48 jam untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataannya yang didakwa telah mengaitkan kematian empat wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) di Selangor sebagai amaran daripada Allah. Adibah Ahmad, balu kepada bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Allahyarham Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, berkata sebagai …

Kematian Adun PH amaran Allah: Balu tuntut Mohamed Satim mohon maaf Read More »

Sidang kemuncak AS-Korea Utara: Trump kata beliau tidak mahu tergesa-gesa

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis sekali lagi berkata bahawa beliau “tidak mahu tergesa-gesa” ketika berdepan Korea Utara yang sekali gus mencadangkan bahawa laluan ke arah pembasmian senjata nuklear rejim itu masih panjang, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap. “Kepantasan tidak begitu penting. Bagi saya, saya amat menghargai ketiadaan ujian pelancaran roket nuklear dan …

Sidang kemuncak AS-Korea Utara: Trump kata beliau tidak mahu tergesa-gesa Read More »

Motosikal Zontes di pasaran Malaysia Mac ini

Syarikat pengedar motosikal Zontes Distribution (M) Sdn. Bhd yang beroperasi di Jitra, Kedah, hari ini melancarkan jenama motosikal premium baharu, Zontes yang bakal berada di pasaran tempatan mulai minggu pertama Mac depan. Bercakap pada majlis pelancaran hari ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Chia Beng Tat berkata jenama dari China keluaran Guangdong Tayo Motorcycle Co. Ltd, sudah berada di …

Motosikal Zontes di pasaran Malaysia Mac ini Read More »