Malaysia Dateline

Month: June 2019

Umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun, sejauh mana persediaannya

ULASAN: Merujuk kepada laporan akhbar yang menyebut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun memaklumkan, usul pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Julai ini. Apabila cadangan ini awal dibahaskan sebelum ini sudah wujud pro dan kontra tentang cadangan tersebut. …

Umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun, sejauh mana persediaannya Read More »

Tanah rizab Melayu Johor seluas 557,518 hektar sehingga April

Keluasan tanah rizab Melayu di negeri ini bertambah kepada 557,518 hektar sehingga April lepas berbanding 557,287 hektar pada Disember tahun lepas. Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata Kulai merupakan daerah yang merekod keluasan tanah rizab Melayu tertinggi iaitu 75.64 hektar, diikuti Kota Tinggi seluas 49.354 hektar manakala Pengerang seluas 34.54 hektar. “Dalam rekod …

Tanah rizab Melayu Johor seluas 557,518 hektar sehingga April Read More »

Samseng lindungi sindiket sampah import berhadapan tindakan tegas

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak tegas sekiranya terdapat kumpulan samseng yang cuba melindungi sindiket sampah import di negara ini. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jika perbuatan sedemikian dikesan berlaku di negara ini, maka ia tidak boleh dibiarkan. Beliau berkata perbuatan sedemikian sudah tentu menyalahi undang-undang negara dan tindakan perlu diambil untuk …

Samseng lindungi sindiket sampah import berhadapan tindakan tegas Read More »

Prestasi cemerlang PH akan menyukarkan gabungan Pas-Umno

Melihat kepada cara rakyat menilai dan memilih dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu, sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) mampu memberi prestasi yang cemerlang pada penggal sulung ini, tidak dapat dinafikan gabungan baru Umno-Pas sukar untuk menggugat momentum PH. Demikian dinyatakan oleh Ketua AMANAH kawasan Permatang Pauh, Dr Zaidi Zakaria (gambar atas). Katanya lagi, …

Prestasi cemerlang PH akan menyukarkan gabungan Pas-Umno Read More »

Adun Kerajaan Negeri Sarawak tidak simpan dana RTP secara tunai

Para anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerajaan Negeri tidak menyimpan dana RM5 juta secara tunai yang diperuntukkan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) seperti mana didakwa sesetengah pihak. Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi, Dr. Annuar Rapa’ee berkata, peruntukan itu yang mula diperkenalkan semasa era pentadbiran bekas Ketua Menteri, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem …

Adun Kerajaan Negeri Sarawak tidak simpan dana RTP secara tunai Read More »

Isu air minuman tercemar bakteria dalam siasatan

Siasatan sedang dijalankan ke atas air minuman dalam botol dari sebuah syarikat pengeluar Malaysia yang dilarang masuk ke Singapura kerana didapati mengandungi bakteria. Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata lebih banyak maklumat diperlukan untuk melakukan siasatan dan kementerian mendapati pengeluar berkenaan turut mempunyai beberapa produk yang dijual di pasaran tempatan. “Kami perlukan lebih …

Isu air minuman tercemar bakteria dalam siasatan Read More »

Budi rakyat pilih PH akan dibalas oleh kerajaan

Kerajaan akan membalas budi rakyat yang telah memilih Pakatan Harapan (PH), sebagai gabungan parti untuk memimpin negara pada pilihan raya umum lepas. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun ada pihak yang berkata tiada pencapaian yang dibuat setelah PH menjadi kerajaan, namun sebenarnya sudah banyak yang dihasilkan oleh pemerintahan PH. “Kita sudah selesaikan banyak …

Budi rakyat pilih PH akan dibalas oleh kerajaan Read More »