Malaysia Dateline

Month: August 2019

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah

Jangan percaya fitnah yang cuba gugat keamanan negara

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak mudah percaya dengan fitnah dan berita tidak sahih, khususnya di media sosial yang cuba mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman hubungan sesama kaum di negara ini. Baginda bertitah setiap rakyat harus mempunyai tanggungjawab bagi mengelakkan tercetusnya sebarang bentuk pertelagahan dan perpecahan, berpunca daripada anasir …

Jangan percaya fitnah yang cuba gugat keamanan negara Read More »

Semua kaum ada sumbangan, boikot bukan ajaran Islam

Usaha memboikot berasaskan kaum sama sekali bukan dari ajaran Islam lebih-lebih lagi di negara ini semua kaum ada sumbangan masing-masing dalam kemajuan dan pembangunan negara. Ketua Biro Kebajikan, Kemanusiaan dan Bencana Alam AWAN Nasional, Ustazah Mariam Ab Rashid berkata, Islam tidak memusuhi sesiapa atas nama kaum atau semata-mata individu tertentu melakukan kesalahan maka seluruh kaum …

Semua kaum ada sumbangan, boikot bukan ajaran Islam Read More »

Kebebasan media perlu digunakan dengan tanggungjawab

Media tempatan di negara ini perlu menggunakan kebebasan diberi oleh kerajaan dengan berdisiplin dan penuh tanggungjawab serta tidak memainkan isu yang boleh mengapi-apikan sentimen kaum dan agama, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith. Katanya walaupun demikian, pihaknya memahami bahawa media memerlukan berita yang mempunyai ‘sengat’ untuk menarik minat pembaca untuk membeli akhbar …

Kebebasan media perlu digunakan dengan tanggungjawab Read More »

Sambutan ambang Merdeka disambut meriah

Ribuan warga kota membanjiri pekarangan hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka semalam bagi meraikan sambutan ambang merdeka yang disambut meriah sejak jam 8 malam tadi. Bertemakan “Sayangi Malaysia ku, Malaysia Bersih” yang menjadi tema untuk Hari Kemerdekaan 2019, sambutan dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad. Kemuncak sambutan ambang merdeka ketika Khalid mengetuai …

Sambutan ambang Merdeka disambut meriah Read More »

Kerajaan Negeri Sembilan kaji kaedah terbaik atasi masalah Pasar Borong Nilai 3

Kerajaan negeri sedang mengkaji kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah Pasar Borong Nilai 3 yang kini ‘dikuasai’ oleh warga asing. Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kerajaan negeri, khususnya Majlis Perbandaran Nilai (MPN) telah membuat beberapa cadangan dan insyaAllah perkara tersebut akan dibawa untuk diteliti bersama dengan semua agensi kerajaan yang lain. “Masalah Pasar Borong …

Kerajaan Negeri Sembilan kaji kaedah terbaik atasi masalah Pasar Borong Nilai 3 Read More »

Rakyat perlu matang menilai perkara menjurus kepada perpecahan

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata masyarakat negara ini perlu matang dalam menilai khususnya terhadap perkara-perkara yang menjurus kepada perpecahan. Beliau berkata tiada tempat dalam institusi masyarakat bagi mereka yang sengaja menyemai benih-benih perpecahan “Sikap adu domba dalam menyemarakkan api perkauman haruslah ditolak sama sekali,” katanya berucap pada sambutan bulan …

Rakyat perlu matang menilai perkara menjurus kepada perpecahan Read More »

Malam ambang Merdeka, rakyat Malaysia doakan kesejahteraan negara

Ribuan rakyat pelbagai lapisan usia dan kaum membanjiri lokasi tumpuan di seluruh negara untuk meraikan sambutan ambang Merdeka sambil menonton pertunjukan bunga api semalam. Tinjauan Malaysia Dateline malam tadi di Dataran Merdeka, rata-rata berharap dan mendoakan kesejahteraan Malaysia agar kekal aman dan maju sebagai sebuah negara makmur. Muhammad Faizal Musa, 32 yang hadir bersama keluarga …

Malam ambang Merdeka, rakyat Malaysia doakan kesejahteraan negara Read More »