Malaysia Dateline

Month: July 2020

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Semua kakitangan Malaysia Dateline mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam. Semoga Hari Raya Korban tahun ini penuh keberkatan dan segala pengorbanan kita diterima Allah. Daripada; Lembaga Pengarah, Sidang Editor dan Kakitangan, Malaysia Dateline.    

Pemuda AMANAH kesal Adun DAP pertikai tulisan jawi

Pemuda AMANAH Terengganu kesal dengan tindakan Adun Tras dari DAP Chow Yu Hui memfailkan permohonan untuk mencabar ketetapan kerajaan Pahang berhubung kewajipan penggunaan tulisan jawi di papan tanda dan iklan di premis perniagaan. Ketuanya, Zamir Ghazali berkata, tindakan Yu Hui itu adalah biadap dalam usaha memperkasakan bahasa ibunda. Beliau berkata, permohonan Yu Hui untuk mahkamah …

Pemuda AMANAH kesal Adun DAP pertikai tulisan jawi Read More »

Tular gambar solat Subuh tepi lebuh raya

Gambar dua wanita bertelekung yang dilihat sedang mengerjakan solat di tepi lebuh raya sebenarnya dirakam pada waktu Subuh tadi. Pengguna Facebook Asmawi Ahmad memberitahu, lokasi tersebut berhampiran Plaza Tol Gombak menuju ke Genting Sempah iaitu selepas parkir lori dekat deretan gerai lemang. Gambar itu tular tanpa diketahui latar belakang situasi sehingga mengundang kritikan termasuk dakwaan …

Tular gambar solat Subuh tepi lebuh raya Read More »

PKR pecat Kenny Chua khianati mandat rakyat

PKR hari ini memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam, Kenny Chua Teck Ho berkuat kuasa serta-merta selepas sahih menyokong kumpulan bekas ketua Menteri, Musa Aman untuk menjatuhkan kerajaan Sabah. Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Ahmad Kasim berkata, keputusan dibuat selepas mendapat pengesahan Majlis Pimpinan Negeri Sabah berhubung kehadiran Kenny dalam blok Musa. “Mengambil kira pendirian …

PKR pecat Kenny Chua khianati mandat rakyat Read More »

Pemuda Pas anak lima cerai isteri pertama demi isteri kedua

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Puchong, Syed Mohd Faris Syed Roslan, 34, menceraikan isteri pertamanya selepas berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand. Bekas peserta program realiti dakwah, Imam Muda (IM) Musim Ketiga 2014 itu menceraikan Nur Hidayu Rosly, 33, talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, kelmarin. Keputusan itu dibuat dua hari …

Pemuda Pas anak lima cerai isteri pertama demi isteri kedua Read More »

Ulama Pas anggap gagal fahami Islam, gagal fahami partinya

Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak Pas Pusat, Mokhtar Senik menempelak pihak yang gagal memahami pendekatan politik partinya. Menurutnya, penganut parti sekular berdepan situasi sedemikian kerana tidak memahami Islam. “Sejak dulu saya sudah sebut. Pendekatan politik Pas sukar difahami oleh mana-mana penganut parti sekular. “Selagi mereka tidak memahami Islam selagi itu mereka akan gagal memahami Pas,” …

Ulama Pas anggap gagal fahami Islam, gagal fahami partinya Read More »

Hanya sokongan kepada kerajaan bukan sertai PN

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, partinya membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN). Katanya, sokongan Umno kepada kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen parti dan BN serta ADUN dalam pembentukan kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu. Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, Umno sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional …

Hanya sokongan kepada kerajaan bukan sertai PN Read More »