Malaysia Dateline

Month: January 2021

Satu kampung Ustaz Ebit Lew berjaya Islamkan

Pendakwah terkenal dengan pelbagai kerja kebajikan, Ustaz Ebit Lew hari ini berjaya menarik komuniti suku Bajau Laut atau Gipsi Laut di Pulau Tatagan, Semporna untuk memeluk Islam. Menerusi perkongsian di laman Facebooknya sebentar tadi, Ustaz Ebit berkata mereka yang tinggal di dalam bot atau pondok kecil di atas laut itu tampil sukarela mengucap syahadah. “Ya …

Satu kampung Ustaz Ebit Lew berjaya Islamkan Read More »

Selepas 11 hari sembuh Covid-19, Rina sembang dekat ziarah rakyat

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun baharu 11 hari sembuh daripada Covid-19. Bagaimanapun, Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkenaan dilihat tidak mematuhi prosedur amalan standard (SOP) ditetapkan kerajaan, dalam menangani gelombang ketiga penularan pandemik itu. Walaupun memakai pelitup muka, dia dilihat gagal mematuhi penjarakan fizikal semasa menziarahi keluarga …

Selepas 11 hari sembuh Covid-19, Rina sembang dekat ziarah rakyat Read More »

Abdul Hadi cerita tentang Israel tapi penyokong serang DAP, pengkritik Pas

Panjang lebar artikel Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi mengenai Israel yang bermuka-muka menjadi penentang paling lantang terhadap senjata pemusnah. Namun, komentar daripada mereka dipercayai penyokong Pas rata-ratanya memberi reaksi ‘keluar topik’ apabila tiba-tiba menyerang DAP selain mengecam pula pengkritik parti mereka. Abdul Hadi dalam tulisan lengkap beberapa ayat terjemahan surah al-Quran …

Abdul Hadi cerita tentang Israel tapi penyokong serang DAP, pengkritik Pas Read More »

Penunjuk perasaan cetus huru-hara di pusat vaksin

Puluhan penunjuk perasaan mencetuskan huru-hara di pusat agihan vaksin Covid-19 di Stadium Dodger di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), semalam. Lapor AFP, mereka yang membawa sepanduk berhimpun di hadapan pintu masuk ke pusat agihan itu sambil menggesa perintah berkurung ditamatkan. Mereka turut menyuarakan teori konspirasi antivaksin sehingga memaksa pihak berkuasa menutup pusat agihan itu hampir …

Penunjuk perasaan cetus huru-hara di pusat vaksin Read More »

Kes baharu Covid-19 terus lepasi 5,000 kes, lagi 14 kematian hari ini

Malaysia terus mencatatkan kes baharu melepasi angka 5,000 dengan hari ini turun sedikit berbanding semalam kepada 5,298 kes. Daripada jumlah itu, tiga daripadanya adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 214,959 kes. …

Kes baharu Covid-19 terus lepasi 5,000 kes, lagi 14 kematian hari ini Read More »

Ketua Pemuda Pas beri isyarat sedia rampas Gombak dari Azmin?

Kenyataan Ketua Pemuda Pas, Khairil Nizam Khirudin hari ini yang menyarankan agar Perikatan Nasional (PN) hanya memilih individu dengan rekod baik sebagai calon dalam PRU-15 muncul ketika timbul kembali isu rakaman video intim yang didakwa membabitkan Azmin Ali. Hal ini jelas apabila Khairil mengingatkan bahawa calon PN perlulah dilihat berintegriti serta mudah diterima rakyat dalam …

Ketua Pemuda Pas beri isyarat sedia rampas Gombak dari Azmin? Read More »

Ahmad Husam rasa berdosa ada keluarga Islam makan berlaukkan sup siput babi

Penceramah, Ustaz Ahmad Husam Datuk Baderudin bercerita bagaimana melihat depan matanya sendiri sebuah keluarga Islam makan nasi berlaukkan sup siput babi. Peristiwa pada tahun 2014 itu katanya, melibatkan sebuah keluarga yang tinggal tidak jauh dari kediamannya. “Sebab itu dari kejadian tersebut, saya rasa sangat bersalah dan berdosa,” ujar Yang Dipertua Yayasan Ar-Riyaadah tersebut. Sehubungan itu, …

Ahmad Husam rasa berdosa ada keluarga Islam makan berlaukkan sup siput babi Read More »