Malaysia Dateline

Month: December 2021

Syarikat balak harus pikul tanggungjawab bantu rakyat terkesan banjir

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan rakyat terbanyak paling teruk terjejas ekoran pandemik Covid-19 sepanjang tahun 2021. Presiden PKR itu berkata, bencana banjir besar yang berpunca akibat daripada ketamakan pihak tertentu juga memberikan kesan terhadap kehidupan golongan miskin. Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berpendapat syarikat pembalakan sepatutnya menggalas …

Syarikat balak harus pikul tanggungjawab bantu rakyat terkesan banjir Read More »

444 mangsa banjir kena Covid-19

Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir kini sebanyak 444 kes selepas dua lagi kes dilaporkan setakat jam 3 petang tadi. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mengikut rekod, jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir seramai 4,520 orang. Jumlah keseluruhan kes positif di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal 15 selepas tiada …

444 mangsa banjir kena Covid-19 Read More »

Sungai Kelantan semakin naik

Sungai Kelantan di Kuala Krai, Kelantan menunjukkan pola menaik dengan bacaan pada paras melebihi tahap bahaya 25 meter apabila bacaan jam 7.45 petang direkodkan pada 25.42 meter. Turut mencatatkan trend menaik di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Sungai Golok di Rantau Panjang masing-masing melebihi tahap amaran. Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga …

Sungai Kelantan semakin naik Read More »

2022 tahun harapan buat rakyat Malaysia

Hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2021. Kita telah lalui dengan penuh cabaran sama ada cabaran pandemik Covid-19 yang telah pun menyebabkan kematian lebih daripada 30,000 rakyat Malaysia. Begitu juga dengan cabaran ketidakstabilan politik Malaysia yang secara langsung memberi kesan kepada ekonomi dan kesihatan rakyat. Tahun baharu 2022 disambut dalam keadaan kita memasuki tahun …

2022 tahun harapan buat rakyat Malaysia Read More »

Mana fatwa untuk perembat balak dan hukum buat pelari duit rakyat?

Perembat balak tak buat perkara yang ada kena mengena dengan perkara yang boleh merosakkan aqidah. Begitu juga, semasa merembat balak, perembat tidak mendedahkan aurat. Perbuatan rembat balak juga tak tersenarai sebagai kesalahan besar dalam agama biarpun sampai lingkup alam. Justeru, tidak ramai cerdik pandai agama mengulas mengenai kerosakan perbuatan rembat balak. Tidak ramai agamawan yang …

Mana fatwa untuk perembat balak dan hukum buat pelari duit rakyat? Read More »

‘Tergamak buat pindaan Akta 342 tidak masuk akal, jemaah menteri busuk hati perut’

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan jemaah menteri menaikkan kadar maksimum kompaun terhadap individu dan pertubuhan perbadanan dalam pindaan terhadap Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan kadar maksimum kompaun terhadap individu dan pertubuhan perbadanan sehingga masing-masing RM10,000 dan RM1 juta sebagai tidak masuk akal. …

‘Tergamak buat pindaan Akta 342 tidak masuk akal, jemaah menteri busuk hati perut’ Read More »

Banjir besar: PH gesa kerajaan buat sidang khas Parlimen, wujudkan RCI

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menegaskan Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri wajib memberi penjelasan penuh dalam satu sidang khas Parlimen khusus berhubung banjir besar pada 18 Disember lalu. Dalam kenyataan bersama, PH berpendapat kerajaan perlu menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) selaras dengan titah Tuanku bahawa satu postmortem banjir …

Banjir besar: PH gesa kerajaan buat sidang khas Parlimen, wujudkan RCI Read More »