Malaysia Dateline

Month: October 2022

KPJ tampil mohon maaf, kakitangan pijak kolam Deepavali sudah digantung tugas

Hospital Pakar KPJ Klang hari ini tampil memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia susulan penularan video seorang kakitangannya yang merosakkan hiasan lantai tradisional atau kolam Deepavali. KPJ dalam kenyataannya petang tadi berkata, individu yang terlibat dalam rakaman itu telah digantung tugas sementara menunggu siasatan selesai. Pihaknya juga memaklumkan telah membuat laporan polis mengenai insiden itu …

KPJ tampil mohon maaf, kakitangan pijak kolam Deepavali sudah digantung tugas Read More »

Mahfuz Omar yang ku kenali, cucunda kesayangan Qadi Jitra

Mahfuz Omar adalah rakan, sahabat dan antara tokoh yang saya kagumi kerana kepetahan hujahnya dan keberanian beliau menghadapai cabaran lawan politiknya. Beliau lahir enam (6) hari sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, iaitu pada tanggal 25hb Ogos 1957. Sebagai anak pra dan pasca kemerdekaan, Mahfuz dikenali dalam kalangan rakan-rakan sebagai pejuang pembebasan dan keadilan. Sebagaimana semangat …

Mahfuz Omar yang ku kenali, cucunda kesayangan Qadi Jitra Read More »

‘Kalau aku like, aku like, kalau tak, aku swipe’ – Lagu dengan Datuk Vida ‘trending’ kena dengan mood PRU15

Lagu yang menyaksikan kemunculan istimewa jutawan kosmetik, Datuk Vida dengan lirik antaranya, “‘Kalau aku like, aku like, kalau tak, aku swipe” muncul trending dan dilihat kena dengan mood Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Video muzik lagu nyanyian Alyph itu sekarang berada di tangga kedua sohor kini untuk muzik di YouTube dengan jumlah hampir 600,000 tontonan …

‘Kalau aku like, aku like, kalau tak, aku swipe’ – Lagu dengan Datuk Vida ‘trending’ kena dengan mood PRU15 Read More »

Wisma Putra masih siasat dakwaan ada rakyat Malaysia terkorban ketika pesta Halloween di Korea Selatan

Kementerian Luar masih lagi menyiasat kesahihan maklumat yang mendakwa ada rakyat Malaysia yang maut dalam peristiwa berdarah ketika sambutan Halloween di Itaewon, Seoul, Sabtu lalu. Jurucakap Wisma Putra berkata, setakat ini pihaknya sedang giat bekerjasama dengan pihak berkuasa Republik Korea Selatan berhubung perkara itu. Bagaimanapun, pihak berkuasa memaklumkan ketika ini belum ada lagi bukti sahih …

Wisma Putra masih siasat dakwaan ada rakyat Malaysia terkorban ketika pesta Halloween di Korea Selatan Read More »

Dijanjikan RM5,195 jadi pelayan kasino tapi rupanya hanya ‘scammer’, dua bulan tidak dibayar gaji

Terperdaya lantaran dijanjikan bayaran gaji sebanyak AS$1,100 (RM5,195) sebulan tetapi dipaksa jadi ‘scammer’ dengan terpaksa menandatangani kontrak untuk ‘kerja’ itu selama enam bulan. Namun, apa yang menyakitkan apabila hanya dibayar separuh iaitu AS$500 (RM2,361) pada bulan pertama dan kedua manakala bagi bulan ketiga dan keempat langsung tidak dibayar. Itu azab ditanggung Ahmad, 34, dan enam …

Dijanjikan RM5,195 jadi pelayan kasino tapi rupanya hanya ‘scammer’, dua bulan tidak dibayar gaji Read More »

Berhenti di lorong kanan tanpa kon amaran, trak selenggara abai keselamatan pengguna jalan raya

Seorang pengguna media sosial memuatnaik satu rakaman papan pemuka (dashcam) menunjukkan beberapa trak yang menyelenggara lebuh raya, berhenti di lorong kanan sehingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya. Apa yang menimbulkan kebimbangan, trak berkenaan berhenti di lorong paling kanan tanpa sebarang kon keselamatan. Malah anak panah yang ditunjukkan juga tidak jelas kelihatan pada waktu siang. Situasi …

Berhenti di lorong kanan tanpa kon amaran, trak selenggara abai keselamatan pengguna jalan raya Read More »

Selepas 60 peratus pelari denai mohon tangguh, MMTF 2022 dianjak seminggu lepas PRU15

Selepas 60 peratus pelari denai Malaysia Mountain Trail Festival (MMTF) 2022 membuat keputusan untuk menangguhkan acara ke tahun depan, pihak penganjur menganjakkan perlumbaan seminggu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Pengarah program, Ewegene Tan menyifatkan penentuan tarikh pada 24 hingga 27 November itu sebagai “tidak mempunyai pilihan selain membuat keputusan yang menyakitkan”. Menerusi kenyataan hari …

Selepas 60 peratus pelari denai mohon tangguh, MMTF 2022 dianjak seminggu lepas PRU15 Read More »