Malaysia Dateline

2023 feri percuma untuk pejalan kaki di Pulau Pinang

Warganegara Malaysia yang bertandang ke Pulau Pinang boleh menikmati perkhidmatan feri percuma yang disediakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang khususnya pejalan kaki. 

Khidmat feri percuma bagi pejalan kaki ini akan diteruskan sehingga Jun 2023.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata khidmat feri percuma ini adalah sambungan penajaan program feri percuma selama 6 bulan mulai 1 Januari 2023 sehingga Jun 2023.

“Pembiayaan tambang feri kepada penumpang pejalan kaki melibatkan peruntukan sebanyak RM78, 000 sebulan dengan jumlah sebanyak 65,000 tiket sebulan. Manakala jumlah keseluruhan peruntukan dianggarkan sebanyak RM468, 000 bagi tempoh 6 bulan tahun 2023.

“Dengan adanya penajaan ini ia membolehkan penumpang pejalan kaki warganegara Malaysia menikmati khidmat feri percuma setiap hari dan setiap masa dengan hanya membawa MyKad(yang telah didaftarkan terlebih dahulu di kaunter tiket) oleh pihak Penang Port Sdn Bhd sebelum menaiki feri. 

“Adalah diharapkan dengan pembiayaan tambang feri percuma ini, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kos perjalanan warga Pulau Pinang yang turut berulang-alik menggunakan pengangkutan awam terbabit sebagai salah satu mod pentangkutan,” ujar beliau yang juga merupakan Adun Tanjong Bunga. 

Baca juga: Elon Musk jadi orang kaya pertama dalam sejarah rugi lebih RM800 bilion