Malaysia Dateline

2,062 kes baharu hari ini, Gombak daerah tertinggi iaitu 119 kes

Sebanyak 2062 kes baharu Covid – 19 didaftarkan pada hari ini, dengan Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,014 kes dengan daerah Gombak paling tinggi kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Norhisham Abdullah.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan kes kedua tertinggi selepas Selangor iaitu sebanyak 504 kes, Sabah (252) manakala Johor (167).

Daerah Gombak di Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 119 kes iaitu di Batu (96 kes lokal), saringan bergejala (2 kes), saringan kontak rapat ( 29 kes), saringan pekerja (Kluster Peka Puri) sebanyak 64 kes dan saringan swasta (1 kes).