Malaysia Dateline

20,939 kes Covid-19 baharu hari ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 20,939 kes Covid-19 baharu menjadikan jumlah kumulatif kes kini sebanyak 2,996,361 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baru yang dilaporkan, 20,821 atau 99.4 peratus terdiri dari kategori 1 dan 2.

Manakala 118 kes atau 0.56 peratus dari kategori 3, 4, dan 5.

Perincian seperti berikut:

Kategori 1 : 5,181 kes (24.74%)
Kategori 2 : 15,640 kes (74.7%)
Kategori 3 : 95 kes (0.45%)
Kategori 4 : 13 kes (0.06%)
Kategori 5 : 10 kes (0.05%)

Pada semalam, KKM merekodkan 10 kematian baru menjadikan keseluruhan kematian sebanyak 32,075 kematian.

Satu kes meninggal sebelum mendapatkan rawatan di hospital atau brought-in-dead (BID).