Malaysia Dateline

21 kegagalan Muhyiddin dalam masa 100 hari

Pengkritik Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyenarai 21 perkara yang disifatkan mereka sebagai kegagalan beliau selama 100 hari menjadi PM.

Menerusi satu poster yang tersebar, disenaraikan 21 fakta kegagalan sepanjang 100 hari pemerintahan Perikatan Nasional selepas merampas kuasa pentadbiran daripada Pakatan Harapan (PH).

Antara perkara utama yang disebutkan adalah perlantikan anggota Kabinet seramai 70 orang yang disifatkan bertujuan untuk menjaga kepentingan anggota parlimen yang terlibat dalam penubuhan kerajaan itu bukannya menjaga kepentingan negara dan rakyat.

Pembebasan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman dan anak tiri Datuk Seri Najib, Riza Aziz disenaraikan sebagai antara kegagalan besar Muhyiddin dan kerajaannya.

Berikut adalah senarai yang dibuat berdasarkan turutan peristiwa berlaku sepanjang 100 hari Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

1) 9 Mac

PM lantik 70 orang ahli kabinet berbanding Kabinet PH hanya 50 Menteri. Pertama kali tiada timbalan Perdana Menteri tetapi ada empat Menteri Kanan

2) 10 Mac

PM arah anggota jemaah Menteri isytihar harta tetapi sehingga kini tiada khabar berita

3) 11 Mac

Menteri Alam Sekitar pertahankan kegiatan pembalakan di Kelantan

4) 20 Mac

Dr Adham Baba: Minum air suam boleh nyahkan Covid-19?

5) 25 Mac

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) anggar 2.4 juta rakyat hilang pekerjaan

6) 27 Mac

Muhyiddin mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi bernilai RM250 bilion tetapi hanya sekitar RM22 bilion duit kerajaan, yang selebihnya duit rakyat sendiri

7) 31 Mac

Rina Harun cadang para isteri cakap macam Doraemon di rumah masa Covid-19

8) 6 April

PN u-turn bagi kebenaran kilang arak beroperasi, kononnya salah KSU

9) 9 April

Menteri Pengajian Tinggi ajak pelajar sertai pertandingan Tiktok

10) 12 April

“Semua MP kerajaan akan dilantik ketuai GLC..”-Takiyuddin Hassan

11) 13 April

PN u-turn apabila ada menteri kata kedai gunting rambut boleh beroperasi

12) 18 April

Harga ayam naik tujuh kali dalam seminggu

13) 19 April

Menteri salah sebut 500 negara dalam dunia

14) 28 April

Timbalan Menteri Kesihatan dan exco langgar PKP

15) 1 Mei

Moratorium: PN u-turn, rakyat ternganga?

16) 5 Mei

Nurul Zahid dan suami didenda hanya RM800 langgar PKP

17) 11 Mei

Rakyat mengadu ditolak permohonan BPN padahal mereka layak masa PKP

18) 14 Mei

Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan penggubahan wang haram RM1.25 bilion lepas pulangkan RM465.3 juta wang yang dicuri

19) 18 Mei

Parlimen bersidang untuk tempoh 55 minit sahaja

20) 5 Jun

RM50 e-dompet kerajaan PN ni tak curi data rakyat pula?

PN wajibkan rakyat guna aplikasi MySejahtera untuk dapatkan duit itu. Mungkin sebab aplikasi ini tak cukup popular kot?

21) 9 Jun

Musa Aman bebas 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.