Malaysia Dateline

21 mati akibat Covid-19 hari ini, satu rekod baru

Malaysia mencatatkan rekod kematian tertinggi akibat Covid-19 hari ini apabila 21 meninggal dunia manakala 3,455 kes baharu direkodkan.

Ini menjadikan jumlah kematian di Malaysia akibat virus ini adalah 791 orang.

Seramai 327 pesakit pula dirawat di ICU manakala 145 pula diberikan bantuan alat pernafasan.

Hari ini, jumlah kes sembuh adalah 3,661 menjadikan jumlah kes sembuh adalah 173,990 kes.

Selangor terus mencatatkan kes baharu paling ramai iaitu 1,145 dikuti Johor (708) dan Kuala Lumpur (619).