Malaysia Dateline

2,154 kes baharu, 184 dalam ICU, 6 mati

Jumlah kes baru positif COVID-19 yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini sebanyak 2,154 kes menjadikan kumulatif kes setakat ini 310,097.

Daripada kes baru ini sebanyak 2,149 kes adalah membabitkan penularan tempatan manakala hanya 5 kes adalah kes import.

Enam orang pesakit positif COVID-19 telah disahkan meninggal dunia hari ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini adalah 1,159 orang.

184 pesakit masih dirawat di ICU di mana 87 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sebanyak 3,275 pesakit telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 286,904 kes.

Manakala negeri Selangor masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 794 kes kemudian diikuti negeri Johor iaitu sebanyak 463 kes.

Negeri Perlis mencatat jumlah kes baharu paling sedikit iaitu 1 kes sahaja diikuti Labuan sebanyak 2 kes dan Putrajaya 4 kes.