Malaysia Dateline

22 bulan PH perintah beri kesan buruk kepada Islam, dakwa Pas Kelantan

Para pemimpin Pas Kelantan masih beranggapan, pemerintahan 22 bulan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memberikan kesan yang amat buruk kepada kepentingan Islam dan orang Melayu.

Padahal Kelantan antara negeri yang menerima nikmat paling besar ketika PH memerintah iaitu mendapat royalti minyak dan menerima bayaran pertama RM400 juta semasa kerajaan PH.

Menteri Besar yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakub berkata demikian ketika ceramah Badar Al Kubra malam tadi di Macang.

“Saya bersetuju dengan pandangan Datuk Panglima Perang bahawa 22 bulan pemerintahan PH memberikan kesan yang amat-amat buruk kepada kepentingan Islam dan orang Melalyu,” kata Ahmad dalam ucapan itu.

Sehubungan itu, beliau mahu ahli Pas menghalang dari PH kembali mentadbir negara selepas bala pendemik Covid-19 yang berlaku sebelum ini.

“Kita tidak mahu selepas kita pulih dari pendamik hari ini, (ia berulang lagi), kerana ia menjadi satu keinsafan dengan bala yang diturunkan oleh Allah,” kata beliau.

Datuk Panglima Perang adalah gelaran yang diberikan kepada Datuk Nasruddin Daud, Exco kerajaan negeri Kelantan yang sebelum ini pernah mendakwa, Pas dengan Umno ini umpama pengat dengan taik, walaupun hampir serupa tetapi tak boleh duduk sekali.