Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
222 majikan di Sarawak tidak patuhi perintah gaji minimum

222 majikan di Sarawak tidak patuhi perintah gaji minimum

Oleh MAHDAR BUJANGFebruary 5, 2020 12:19 pm




Sebanyak 222 majikan di Sarawak dikesan kerana melakukan kesalahan tidak mematuhi perintah gaji minumam yang ditetapkan kerajaan sepanjang 2019 lalu.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak, Awang Raduan Awang Omar memberitahu, pihaknya telah melakukan pemeriksaan berkaitan perintah gaji minimum itu ke sebanyak 6, 346 tempat pekerjaan seluruh negeri ini dari Januari hingga Disember tahun lepas.

Katanya, notis telah dikeluarkan JTK Sarawak kepada mereka ( 222 majikan)bagi melakukan tindakan pembetulan dan mengikut gaji minimum tersebut.

“Antara alasan biasa yang diberikan 222 majikan terbabit tidak mengikut perintah gaji minimum itu ialah pematuhannya akan melibatkan keuntungan atau perniagaan di tempat terpencil dan mereka tidak mendapat maklumat tentang perintah itu.” jelasnya pada Sidang Media Perintah Gaji Minumum 2020 di Kuching pada Selasa.

Beliau menegaskan, pihaknya sudah memaklumkan dengan meluas maklumat berkaitan perintah terbabit kepada majikan di negeri ini melalui laman web malah melalui siaran radio dalam pelbagai bahasa tempatan.

Tambah beliau, berdasarkan rekod dari 2015 hingga 2019, JTK Sarawak telah membuka sebanyak 101 kertas siasatan bagi menyiasat majikan yang gagal membayar gaji minimum.

“Daripada 101 kertas siasatan tersebut, 29 kes telah dihadapkan ke mahkamah dan sebanyak 24 kes telah disabitkan kesalahan di samping 38 kes telah ditutup kerana kes telah diselesaikan manakala 34 kes yang lain masih dalam tindakan penyiasatan.

“Manakala jumlah keseluruhan denda yang dikenakan terhadap majikan yang mematuhi gaji minimum bagi tempoh itu adalah sebanyak RM194,203.57.” katanya.

Awang Raduan berkata, pihaknya akan mula melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap majikan yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum 2020 di bawah seksyen 23 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) yang sudah berkuatkuasa Febuari ini.

Beliau menjelaskan, Perintah Gaji Minimum 2020 menetapkan gaji minimum bulanan pekerja sebanyak RM1,200 di kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran serta gaji minima bulanan RM1,100 sebulan bagi kawasan lain.

“Kawasan Majlis Bandaraya di Sarawak ialah (Dewan Bandaraya) Kuching Utara dan (Majlis Bandaraya) Kuching Selatan dan Majlis Bandaraya Miri, sementara kawasan Majlis Perbandaran ialah Majlis Perbandaran Padawan, Majlis Perbandaran Kota Samarahan dan Bintulu.

“Majikan yang gagal membayar gaji pokok pekerja seperti ditetapkan Perintah Gaji Minimum 2020 adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja,” tambahnya lagi.

Beliau turut menyarankan agar pekerja swasta di negeri ini termasuk yang bekerja sambilan untuk melaporkan majikan mereka yang enggan mematuhi perintah terbabit ke pejabat JTK Sarawak terdekat.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

Terkini

Rakyat Kelantan bayar caj parkir lebih mahal dari Shah Alam

Rakyat biasa dikompaun tapi rombongan Muhyiddin, ahli Bersatu selamba ingkar SOP

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production