Malaysia Dateline

22,262 kes baharu hari ini, 8 negeri catat kes lebih 1,000

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan 22,262 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini kepada 1,535,286 kes.

Selain Selangor dan Kuala Lumpur, negeri lain yang mencatatkan lebih 1,000 kes baru adalah Sabah, Sarawak, Kedah, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Berikut pecahan kes baru mengikut negeri:

  • Selangor (7011)
  • Sabah (2651)
  • Sarawak (1964)
  • Kedah (1880)
  • Johor (1558)
  • Pulau Pinang (1459)
  • Kuala Lumpur (1220)
  • Kelantan (1039)
  • Perak (946)
  • Melaka (882)
  • Pahang (664)
  • Terengganu (495)
  • Negeri Sembilan (405)
  • Putrajaya (41)
  • Perlis (38)
  • Labuan (9)

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Ser Dr Norhisham Abdullah, 223 kematian akibat Covid-19 dicatatkan hari ini dan sebanyak 18,576 kes sembuh, membawa jumlah keseluruhan discaj kepada 1,260,470.

Terdapat 260,880 kes aktif dengan 1,035 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 513 memerlukan bantuan pernafasan.