Malaysia Dateline

223 kes baharu Covid-19, China catat kes harian tertinggi sejak Mac 2020

Sebanyak 223 kes baharu Covid-19 dilaporkan di China hari ini sekaligus jumlah kes harian tertinggi di negara itu sejak Mac 2020.

Republik yang dikesan muncul virus itu pada akhir 2019 juga menyaksikan beberapa pusat pelancongan di Beijing juga ditutup.

Pihak berkuasa semakin mengetatkan peraturan bagi mereka yang tiba di bandar raya ibu negara itu dari tempat lain di China selepas muncul kes positif membabitkan warga tempatan di Beijing hujung minggu lalu.

Bandar itu kini mewajibkan keputusan ujian negatif sebelum perjalanan dan ujian susulan lain selepas memasuki bandar.

Penduduk juga digesa untuk tidak meninggalkan bandar pada cuti Tahun Baru China yang akan datang, lapor AFP.