22,300 penduduk Terengganu hadapi masalah air pada hari raya

22,300 penduduk Terengganu hadapi masalah air pada hari raya

Kerajaan Pas Terengganu menghadapi ujian pertama selepas menang PRU14 lalu apabila perantau yang pulang berhari raya akan menghadapi masalah air.

Menurut Syarikat Air Terengganu (Satu) Kuala Terengganu dan Kuala Nerus akan menghadapi masalah air di Aidil fitri ini.

Sebahagian kawasan di daerah Kuala Terengganu yang melibatkan 17,500 penduduk daripada 26 buah kampung akan mengalami gangguan bekalan air dan tekanan rendah ekoran peningkatan penggunaan serentak di musim perayaan Aidil Fitri yang akan disambut esok.

Antara kampung yang terlibat di daerah Kuala Terengganu, Kg Bukit, Kg Surau Haji Daud, Kg Surau Panjang, Kg Tok Dir, Kg Tok Pong, Kg Tok Peh, Kg Chendering, Kg Kuala Ibai, Kg Mengabang Tengah dan Kg Belukar Jambu.

Masalah air juga turut mengganggu seramai 4,800 penduduk di Kuala Nerus yang melibatkan 18 buah kampung antaranya, sekitar perindustrian Gong Badak, Kampung Alur Jambu, Kampung Padang Nenas, Kampung Bukit Chempaka, RAKR Gong Badak, Kampung Bukit Wan dan Kampung Lingai.

Ketua Pegawai Eksekutif Satu Ir Atemin Sulong di dalam kenyataanya berkata, pihaknya akan menyelesaikan masalah ini dengan melakukan penghantaran air dengan lori tangki ke kawasan kritikal.

Bagaimanapun beliau menasihati pengguna agar berjimat cermat di dalam penggunaan air, melaporkan segera sebarang kebocoran yang dijumpai dan menyimpan air yang mencukupi bagi menampung kegunaan harian.

 

2.5
OVERALL SCORE
: 10.0
3 user votes x 0.0
CATEGORIES
TAGS