Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
224 askar AS yang cedera dalam serangan di Iraq dibawa ke Israel

224 askar AS yang cedera dalam serangan di Iraq dibawa ke Israel

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONJanuary 10, 2020 8:13 pm




Seramai 224 orang askar Amerika yang dilaporkan cedera ditembak peluru berpandu Iran, dikenalpasti telah di hantar ke salah sebuah hospital di Israel, kelmarin.

Menurut laporan terkini yang dipetik melalui ciapan twitter Jack Khoury, askar AS yang tercedera akibat terkena peluru berpandu Iran, telah di hantar ke Tel Aviv.

Dalam tweetnya, Jack berkata maklumat tersebut berdasarkan laporan diterima daripada akhbar Ha’aretz yang memaklumkan kapal terbang tersebut mendarat di Hospital Tel Aviv kelmarin.

Bagaimanapun tweet Jack tersebut telah dipadamkan selepas beberapa jam dimuat naik.

“Menurut laporan akhbar Ha’aretz, kapal terbang US yang membawa askar Amerika yang tercedera oleh peluru berpandu Iran di Tel Aviv Sourasky Medical Center, mendarat di Hospital Tel Aviv beberapa jam lepas.

“Berdasarkan maklumat diberikan sumber, 224 askar yang tercedera itu dibawa ke Hospital Medical Centre Tel Agiv Sourasky,” sebut twitter itu.

Terdahulu, ketegangan di Asia Barat kian meruncing susulan kematian Qassem Soleimani, komander tertinggi tentera elit Iran, yang terbunuh dalam serangan dron oleh Amerika Syarikat (AS) berhampiran lapangan terbang Baghdad pada awal pagi Jumaat lalu.

Jack Khoury adalah wartawan veteran Israel.

Bagaimanapun menurut laporan thedailybeast, akaun twitter Jack tersebut telah dipalsukan bagi menjayakan propaganda pro-Iran termasuk beberapa akaun lain.

Terdahulu, Stesen TV Negara Iran berkata, sekurang-kurangnya 80 orang ‘pengganas Amerika’ terbunuh dalam serangan melibatkan 15 roket yang dilancarkan Tehran terhadap sasaran Amerika Syarikat (AS) di Iraq, tanpa sebarang roket dapat dipintas.

Menurut stesen TV itu lagi, berdasarkan maklumat daripada sumber Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Iran juga mempunyai 100 sasaran lain di wilayah berkenaan sekiranya Washington bertindak balas, lapor AlJazeera.

Sumber tersebut juga berkata, helikopter AS serta peralatan ketenteraan AS “musnah teruk”.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production