Malaysia Dateline

23 kes positif COVID-19, 163 kes aktif

Terdapat 23 kes baharu yang telah dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,884 kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 167 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 23 kes baharu yang dilaporkan, enam kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan empat warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja.

Daripada 17 kes penularan di dalam negara, 10 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia manakala tujuh kes adalah dalam kalangan bukan warganegara.

Sehingga kini, hanya tiga kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Hari ini tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 123 kes.