Malaysia Dateline

234 kes Covid-19 di Sarawak tidak bergejala

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan sebanyak 234 kes daripada 252 yang direkodkan di negeri ini hari ini tidak memiliki sebarang gejala.

JBBN berkata, Sarawak merekodkan sebanyak 252 kes baharu covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 11,348 kes.

“Kes baharu yang dikesan di negeri ini adalah di Sibu yang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 149 kes diikuti Bintulu (23), Miri (17), Subis (13), Kuching (7), Mukah (7), Betong (6), Sarikei (6), Sebauh (6), Kanowit (5), Kapit (5), Julau (2), Meradong (2), Belaga (1), Beluru (1), Samarahan (1) dan Tatau (1).

“Hari ini terdapat 182 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj iaitu dari Hospital Sibu (62), Hospital Bintulu (45), PKRC di bawah Hospital Kapit (27), Hospital Umum Sarawak (20), Hospital Sarikei (12), Hospital Miri (11), PKRC Betong (3) dan PKRC Sri Aman (2).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 8,777 orang atau 77.34 peratus dari jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sarawak,” kata JPBN dalam satu kenyataan.

JPBN turut memberitahu bahawa jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 2,446 orang.

“Sebanyak 985 kes di Hospital Sibu dan PKRC di Sibu, 328 kes di Hospital Bintulu dan PKRC di Bintulu, 328 kes di Hospital Miri dan PKRC di Miri, 286 kes di Hospital Umum Sarawak dan PKRC di Kuching, 212 kes di Hospital Betong dan PKRC di Betong, 146 kes di Hospital Kapit dan PKRC di Kapit, 134 kes di Hospital Sarikei dan PKRC di Sarikei, 21 kes di Hospital Sri Aman dan PKRC di Sri Aman dan 6 kes di PKRC Mukah.

“Hari ini, sebanyak 252 PUI baru telah dilaporkan dan tiada PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal,” ujar JPBN.