‘Kamu boleh haramkan buku saya, tidak pemikiran saya’

‘Kamu boleh haramkan buku saya, tidak pemikiran saya’

Kartunis politik  Zunar membidas tindakan kerajaan mengharamkan buku terkini berjudul “Sapuman: Man of Steal” di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan Kementerian Dalam Negeri semalam.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque dalam kenyataan hari ini berkata, kerajaan tidak seharusnay mengharamkan buku itu sedangkan ia bertentangan dengan perlembagaan persekutuan yang menjamin kebebasan berekspresi.

“Jika kerajaan tidak suka kartun-kartun saya (saya tidak menjangka mereka akan), saya tidak ada masalah tentang itu.

“Tetapi jangan menterjemahkan tafsiran kamu sebagai undang-undang dengan mengharamkan buku yang memuatkan pemikiran saya.

“Ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bereksprasi,” ujarnya.

Beliau turut berkata, akan mengambil tindakan undang-undang dan sedang berbincang dengan peguamnya.

“Saya ingin sekali lagi menegaskan pengharaman ini tidak akan memghentikan saya dari melukis kartun untuk mendedahkan rasuah dan ketidakadilan.

“Kamu boleh mengharamkan buku saya, kamu boleh mengharamkan kartun saya, tetapi kamu tidak boleh mengharamkan pemikiran saya. Bila kerajaan menjadi korup, melukis kartunis menjadi tanggungjawab.

“Saya bukan lahir dari fantasi, sebaliknya ia adalah reaksi dari isu semasa, terutama korupsi. Sebagai contoh, kulit luar Sapuman adalah mengenai isu skandal 1MDB yang menyebab puluhan biliion ringgit hangus. Jika skandal ini tidak berlaku, saya tidak mungkin akan menghasilkan kartun tersebut. Jangan salahkan kartunis apabila ahli politik mencuri berbilion ringgit,” ujarnya.

Bahkan dakwa Zunar lagi, pengharaman bukunya itu berlaku sebulan selepas pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Katanya, tentu perdana menteri mengutip sedikit pelajaran dari pertemuan tu.

“Kalau Trump ada Islam-O-Phobia, Najib ada Cartoon-O-Phobia,” sindirnya.

Beliau turut berkata buku-bukunya hanya boleh dijual secara online di www.zunar.my

Sebelum ini, buku-bukunya juga pernah diharamkan – Gedung Kartun, 1 Funny Malaysia, Isu Dalam Kartun (Vol 1, 2, 3), Conspiracy to Imprison Anwar, Perak Darul Kartun dan Pirates of Carry-BN. Sementara buku “Ros in Kangkongland” dan lain-lain disiasat di bawah Akta Hasutan.

Menurut Zunar lagi ini adalah sebahagian dari senarai panjang tekanan dan ugutan yang dilakukan oleh kerajaan BN.

“Sejak 2009, pejabat saya telah beberapa kali diserbu dan ribuan buah buku kartun dirampas. Pencetak, pengilang serta kedai-kedai buku juga diserbu dan diugut.

“Saya telah beberapa kali ditangkap dan sekarang menghadapi sembilan tuduhan di bawah Akta Hasutan. Kerajaan juga mengenakan sekatan menghalang saya dari keluar negara sejak Jun 2016,” ujarnya.

Zunar pernah dianugerahkan ‘Cougrage in Editorial Cartooning Award 2011’ dan ‘Cartooning For Peace Award 2016’.

6.0
OVERALL SCORE
: 5.0
2 user votes x 6.5