Malaysia Dateline

2,364 kes baru, 190 pesakit dalam ICU

Sebanyak 2,364 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kes baharu setakat ini adalah 298,315 kes.

Manakala bagi kes sembuh pula sebanyak 3,320 kes menjadikan kumulatif kes sembuh adalah 270,166 kes.

Seramai 10 orang direkodkan telah meninggal dunia akibat positif COVID-19 menjadikan jumlah kes mati sehingga kini mencecah 1,121 kes.

190 pesakit COVID-19 dirawat di dalam ICU di mana 99 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Untuk hari ini negeri Selangor terus mencatat kes harian tertinggi iaitu 862 kes bagaimanapun ianya menunjukkan pengurangan berbanding sebelum ini mencecah ribuan kes sehari.

Negeri Johor mengambil tempat kedua tertinggi selepas Selangor dengan mencatat kes baharu sebanyak 314 kes.