Sebanyak 2,451 kes baharu harian telah dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia kini mencecah 133,559 kes.
Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 26,185 kes.
Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,446 kes.
Bagi kes penularan di dalam negara, 1,858 kes adalah warganegara Malaysia dan 588 kes adalah bukan warganegara.
Terdapat 177 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 82 kes
memerlukan bantuan pernafasan.
Terdapat pertambahan lima kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 542 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,401 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 106,832 kes (80.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).