Malaysia Dateline

2,461 kes baru, Kelantan catat kes tertinggi selepas Selangor

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan sebanyak 2,461 kes baharu dikenalpasti pada hari ini menjadikan kumulatif kes baru sebanyak 280,272.

Manakala jumlah kes kematian dilaporkan seramai 8 orang menjadikan keseluruhan kes membabitkan kematian sebanyak 1,051 orang.

Seramai 207 pesakit masih dirawat di ICU di mana seramai 91 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Hari ini sekali lagi kes sembuh menujukkan jumlah yang tinggi berbanding kes baharu iaitu sebanyak 4,782 kes menjadikan kumulatif kes sembuh adalah 244,753 kes.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,001 kes (40.7 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 757 kes (75.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan
kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 257 kes (10.4 peratus) dan Johor sebanyak 233 kes (9.5 peratus).