Malaysia Dateline

25,099 kes Covid-19 baharu setakat semalam, 100 kes dari kategori 3,4,5

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 25,099 kes Covid-19 yang direkodkan pada semalam, menjadikan keseluruhan kes positif dalam negara kini sebanyak 3,246,779.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes yang dilaporkan itu, 25,014 kes merupakan penularan tempatan manakala 85 lagi adalah kes import.

Kerajaan juga merekodkan 17,749 kes sembuh baharu menjadikan kumulatif kes sembuh kini sebanyak 2,955,404 kes, bersamaan dengan 91.0%.

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 272 kes, dengan 164 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, daripada 25,099 kes harian yang dilaporkan pada semalam, 100 kes atau 0.40 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5.

Manakala 24,999 kes atau 99.60 peratus lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pecahan kategori kes:

Kategori 1 : 7,763 kes (30.93%);
Kategori 2 : 17,236 kes (68.67%);
Kategori 3 : 56 kes (0.23%);
Kategori 4 : 23 kes (0.09%); dan
Kategori 5 : 21 kes (0.08%).

Pecahan mengikut vaksin

25 kes (25%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
53 kes (53%) telah menerima dua (2) dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak;
22 kes (22%) telah menerima dos penggalak;
47 kes (47%) berumur 60 tahun dan ke atas;
52 kes (52%) mempunyai komorbid; dan
1 kes (1%) ibu mengandung.