Malaysia Dateline

258 lagi korban Covid-19, kematian lebih 200 kes empat hari berturut-turut

Jumlah kematian akibat Covid-19 mencecah 25,695 kes dengan 258 lagi korban dilaporkan semalam.

Bilangan kematian harian melebihi angka 200 direkodkan untuk empat hari berturut-turut dengan September sebagai bulan terburuk jumlah kematian akibat Covid-19 sejak pandemik melanda.

Daripada jumlah kematian semalam, sebanyak 29.1 peratus (75 orang) meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi, iaitu 56 orang atau 21.7 peratus diikuti Johor dengan 53 kes, Kedah (46), Kuala Lumpur (25), Pulau Pinang(21), Sarawak (19), Sabah (12), Kelantan (5), Pahang (5), Perak (5), Melaka (4), Terengganu (4), Perlis (2) dan Negeri Sembilan (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Labuan and Putrajaya.

Secara keseluruhan, sebanyak 119 daripada 258 kes dilaporkan dalam tempoh tujuh hari terakhir.

Baki kematian berlaku lebih dari seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam susulan kelewatan laporan data.

Dalam tempoh 30 hari, purata 330 kes Covid-19 dilaporkan berbanding purata 279 kes untuk minggu ini. Ia memberi petanda trend pengurangan.

Sebanyak 9,040 kes dilaporkan sepanjang bulan ini. Pada Ogos sebanyak 7,642 kematian dilaporkan, 3,858 pada Julai, 2,380 pada Jun dan 1,302 pada Mei.