Malaysia Dateline

26 mangsa kebakaran Bazar Masjid India terima bantuan hari ini

26 peniaga yang terlibat dalam kebakaran di Bazar Masjid India baru-baru ini menerima bantuan antara RM3,000 hingga RM5,000 setiap seorang dari Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad hari ini.

Bantuan itu diserahkan beliau dalam satu majlis di Institut Latihan DBKL, Cheras selepas tiga hari berlakunya kebakaran itu.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Wilayah Persekutuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan memperuntukkan RM98,000 untuk bantuan ini.

Di samping mereka, turut menerima bantuan adalah 500 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf dan fakir miskin.

Mereka menerima sumbangan berupa wang tunai berjumlah RM150 setiap seorang, melibatkan peruntukan sebanyak RM75,000.