Malaysia Dateline

26 November – Melihat hikmah dalam kegagalan

26 November lalu tercatat sebagai tarikh memalukan buat pakatan pembangkang apabila gagal menafikan keabsahan kerajaan Muhyiddin Yassin, bukan sahaja tewas undian suara, bahkan undi untuk adakan undi belah bahagi pun tidak berjaya dilakukan apabila ketua pembangkang bertindak memberi arahan kepada ahli parlimen pembangkang (Kecuali Pejuang) untuk tidak berdiri.

Ramai marah, kesal, dan dukacita, terdiri dari setiap parti termasuklah dari 3 ahli parlimen Keadilan sendiri iaitu Nurul Izzah binti Anwar, Akmal Nasir, dan Hassan Karim.

Sebahagian memberi alasan, bahawa PN telah akur desakan pembangkang dalam dua perkara iaitu isu KWSP dan Moratorium, jadi tiada alasan perlu menolak sedangkan perkara terbabit tidak pun menjadi persoalan utama kerana yang cuba dibuktikan adalah kerajaan Muhyiddin tiada majoriti, dan bahawa Anwar Ibrahim mempunyai sokongan yang kuat, meyakinkan dan sukar dinafikan.

Semua itu gagal berlaku kerana keputusan saat terakhir dari ketua pembangkang untuk mengubah ketetapan asal.

Perkara terbabit sedikit sebanyak memberi kesan kepada kesatuan parti pembangkang, DAPSY mendesak Anwar untuk meminta maaf atau DAP menarik diri dari PH, dan sebahagian Pemuda AMANAH mengesa kedudukan Anwar sebagai Pengerusi PH dikaji semula.

Warisan juga telah bertindak protes terhadap PH apabila keluar dewan apabila mengundi diperingkat Jawatankuasa.

Ramai berkata, Warisan bukan PH dan tiada siapa menaksakan mereka untuk tidak menyokong undi belah bahagi, jika dibaca kenyataan dari Warisan, jelas sebenarnya wujud kesepakatan antara mereka, dan PH dalam usaha mengambil kembali mandat rakyat, dan signal mereka SEDIA bekerjasama dengan PH.

Tuduhan Warisan sebagai khianat dan backup PN adalah agak janggal apabila dikeluarkan dari ahli parti Keadilan kerana isyarat yang diberikan oleh Warisan adalah jelas bersebab, dan turut disebut dalam satu kenyataan signal mereka akan kembali.

“Maka sebelum berdepan perang sebenar, kita perlu memberi sedikit isyarat, (melakukan) sedikit langkah bagi memastikan semua pihak dalam pembangkang mula sedar di sana perlu kepimpinan yang kuat dalam blok pembangkang.” – Mkini

Disini, ketua pembangkang dan juga pengerusi PH perlu memainkan peranan untuk kembali meyakinkan rakan rakan dari Warisan.

Walaupun kegagalan pada 26 November adalah cukup mengecewakn, namun tidak semua perlu diambil dalam sisi negatif.

Benar 26 November harus menjadi hari kerajaan Muhyidin dinafikan keabsahannya, perubahan yang dilakukan dalam belanjawan kerana desakan pembangkang dan juga Umno walaupun ia perkara berbeza, boleh diambil kira.

Apabila Zafrul mengumumkan soal pengeluaran KWSP bagi Akaun 1, juga lanjutan moratorium, sememangnya mereka telah “menang”, kerana mereka dilihat pada ketika itu sudah akur kepada segala syarat, sememangnya sekiranya mengambil sedikit soal berbeza, sekiranya , andai kata Anwar benar tiada angka, dan pembangkang tewas, PN boleh menjaja bahawa PH menipu , Walaupun tuntutan sudah dilaksana namun masih menolak. Pastinya akan menimbulkan rasa kurang senang rakyat.

Jadi ambil langkah sedikit undur, ternyata ada kesan positif, apabila KWSP semalam mengumumkan berkenaan I-Sinar, jangkaan ramai meleset tidak seindah khabar diparlimen 26 November.

Untuk kali pertama hari ini, hantaran di Facebook Muhyiddin Yassin mendapat 3000 emoji 😡😡, iaitu kedua terbanyak. Hal terbabit tidak pernah berlaku sebelum ini. Apabila baca komen, ribuan kesal dan marah berkenaan isu KWSP.

Kemarahan rakyat ini adalah signal baharu kepada Anwar untuk bertindak, Sekarang! atau tidak selamanya.

Hari ini juga genap 7 hari yang dijanjikan, dan hari ini perbentangan diperingkat Jawatankuasa kementerian Azmin Ali, pengkhianat Keadilan dan Pakatan Harapan.

Anwar harus berusaha , dengan sedaya upaya beliau untuk membuktikan kata kata, atau berisiko hilang kepercayaan ramai termasuk penyokong beliau.

——————————-

Penulis adalah Setiausaha Pemuda AMANAH Terengganu.