Malaysia Dateline

260 orang mati hari ini

Angka kematian akibat COVID-19 terus kekal pada tiga angka dan pada hari ini seramai 260 orang dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan seramai 12,228 orang.

Seramai 1,096 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi di mana seramai 540 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 20,670 kes baru pada hari ini menjadikan jumlahnya sehingga sekarang sudah mencecah 1,384,353 kes.

Manakala sebanyak 243,942 merupakan kes aktif dan 17,655 adalah kes sembuh menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 1,128,183.