Malaysia Dateline

2,641 kes Covid-19 hari ini, 23 korban baharu dilapor

Sebanyak 2,641 kes baharu Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) setakat tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam perkongsiannya melalui media sosial, berkata ia menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini sebanyak 2,788,860 kes.

Sementara itu, laman web Covidnow memaklumkan terdapat 151 kes aktif setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 39,927 kes.

Sebanyak 23 kes kematian dicatatkan dalam tempoh sama termasuk empat kes kematian di luar kemudahan kesihatan (BID).

Ini bermakna terdapat 31,678 korban Covid-19 dilaporkan dengan 6,390 daripadanya kes BID sejak wabak itu mengancam negara.

Sehingga jam 11.59 malam tadi juga, KKM merekodkan kemasukan 131 kes Covid-19 ke Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) dan 117 kes ICU yang memerlukan ABP.