Malaysia Dateline

265 mati, angka kematian cecah 14,818 orang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan seramai 265 pesakit COVID-19 dilaporkan telah meninggal dunia di mana menjadikan jumlah keseluruhan membabitkan kematian seramai 14,818 orang.

265 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 105 kes di Selangor, 39 kes di Johor, 23 kes di Sabah, 19 kes di Kedah, masing-masing 18 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, 12 kes di Negeri Sembilan, sembilan (9) kes di Perak, enam (6) kes di Sarawak, masing-masing lima(5) kes di Kelantan dan Pahang, empat (4) kes di Melaka, serta dua (2) kes di Terengganu

Seramai 1,003 orang pesakit memerlukan rawatan di ICU, manakal seramai 490 orang pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada 255 pesakit meninggal dunia, 69 orang membabitkan 51 warganegara dan 18 bukan warganegara dilaporkan mati sebelum tiba di hospital.

Daripada 22,642 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 478 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5.

Manakala sebanyak 22,164 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2

Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 18,143 kes (80.1 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.