Malaysia Dateline

26,832 kes Covid-19, 37 kes kematian

Sebanyak 26,832 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam dengan kes aktif kini berjumlah 251,678.

Dua negeri mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi iaitu Selangor dan Sabah dengan masing-masing
7,180 dan 5,007 kes.

Laman CovidNow melaporkan, jumlah terbaharu itu membabitkan 26,764 kes tempatan dan 68 import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus jahat itu meningkat kepada 3,221,680 kes.

Daripada 251,678 kes aktif itu, 94.8 peratus menjalani kuarantin di rumah manakala 21 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKRC) manakala 3.0 peratus menjalani rawatan di hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, paling tinggi adalah pesakit dalam kategori dua iaitu sebanyak 18,230 kes atau 67.94 peratus.

“Selain itu sejumlah 8,469 kes (31.56 peratus) pula adalah pesakit dalam kategori satu, diikuti kategori tiga (66 kes), kategori empat (38 kes) dan kategori lima (29 kes),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam masa sama, terdapat 18,459 kes sembuh dan 37 kematian baharu termasuk kes kematian di luar hospital (BID) sekali gus menyaksikan Covid-19 di negara ini sudah meragut 32,347 nyawa.

Covid-19 kes baharu kes kematian Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Covid-19 di negara ini sudah meragut 32,347 nyawa.