Malaysia Dateline

27 mangsa banjir di pusat pemindahan setakat 8 pagi

Seramai 27 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan di Balairaya Kampung Jugan, Bau setakat 8 pagi ini.

Mangsa banjir daripada lima keluarga itu dipindahkan malam tadi selepas hujan masih berterusan di Kampung Jugan.

Enam rumah ditenggelami air satu meter lebih di kawasan terjejas, menurut laporan terkini Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak.

Bilik Gerakan Banjir Daerah Bau telah dibuka di Pejabat Daerah Bau.

— BERNAMA