Malaysia Dateline

27,299 kes Covid-19 baharu, 0.47 peratus dari kategori 3,4,5

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 27,299 kes baharu Covid-19 setakat semalam, menjadikan keseluruhan kes positif kini sebanyak 3,395,170 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noior Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan itu, 27,043 kes merupakan penularan tempatan manakala 256 yang lain adalah kes import.

Sebanyak 348 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan 203 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, KKM turut merekodkan 22,710 kes sembuh baharu menjadikan keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 3,063,560 kes atau 90.2 peratus.

Daripada 27,299 kes harian yang dilaporkan pada Sabtu, 129 kes (0.47 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.

Manakala 27,170 kes (99.53 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pecahan kategori kes:

Kategori 1: 8,846 kes (32.41%);
Kategori 2: 18,324 kes (67.12%);
Kategori 3: 62 kes (0.23%);
Kategori 4: 33 kes (0.12%);
Kategori 5: 34 kes (0.12%).

Daripada 129 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan;

32 kes (24.81%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
71 kes (55.04%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
26 kes (20.16%) telah menerima dos penggalak (booster);
65 kes (50.39%) berumur 60 tahun dan ke atas;
35 kes (27.13%) mempunyai komorbid; dan
1 kes (0.78%) ibu mengandung.