Malaysia Dateline

2,847 kes baru, 260 pesakit dalam ICU

Terdapat 2,847 kes baharu telah dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini menjadikan kumulatif kes baru setakat ini 387,535.

Daripada kes baru ini sebanyak 2,843 kes membabitkan penularan dalam tempatan manakala hanya 4 kes sahaja adalah kes import.

Seramai 8 orang telah disahkan maut akibat positif COVID-19 menjadikan kumulatif kes kematian hingga hari ini seramai 1,415 orang.

260 pesakit telah ditempatkan di ICU di mana seramai 125 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan seramai 2,341 menjadikan kumulatif kes sembuh setakat ini adalah 363,608 kes.