Malaysia Dateline

287 kes hari ini, tertinggi sejak pandemik Covid-19 melanda negara

Negara mencatatkan kes positif Covid-19 yang tertinggi sejak pandemik itu melanda negara, dengan 287 kes menjadikan keseluruhan kes sebanyak 11,771.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua jumlah tersebut adalah kes tempatan dan tiada kes import dicatatkan.

Katanya, daripada 287 kes hari ini, sebanyak 20 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah.

Negeri Sabah mencatat kes yang paling banyak iaitu 113 kes diikuti Kedah (129), Selangor (31), Perak (3), Terengganu (3), Negeri Sembilan dan Kelantan mencatat 2 kes, manakala Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing mencatat satu kes.

Pada masa sama, beliau memaklumkan 22 kes sedang di rawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes aktif kebolehjangkitan pula dicatatkan sebanyak 1,540 kes.

Manakala terdapat 81 kes pulih dengan keseluruhan pesakit discaj sebanyak 10,095 kes.

Bagaimanapun tiada kematian direkodkan hari ini menjadikan kumulatif kes kematian akibat Covid-19 sebanyak 136 kes atau 1.16 peratus.