Malaysia Dateline

2,882 kes positif hari ini, menurun berbanding semalam

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 2,882 kes Covid-19 setakat jam 12 tengahari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan keseluruhan kes positif di dalam negara sebanyak 2,765,354 kes.

Kes baharu yang direkodkan hari ini mencatatkan penurunan berbanding semalam iaitu 3,386 kes.