Malaysia Dateline

28,825 kes baru Covid-19, Selangor dan Sabah tertinggi

Kementerian Kesihatan mencatatkan sebanyak 28,825 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes kini mencecah 3,194,848.

Selangor dan Sabah muncul dua negeri tertinggi merekodkan kes baharu wabak itu dengan masing-masing sebanyak 7,192 dan 5,359 kes.

Tiga lagi negeri dilaporkan melebihi 2,000 kes baharu semalam iaitu Johor, Kedah dan Pulau Pinang.

Pada masa ini, kes aktif berjumlah 243,342, meningkat 250 peratus berbanding dua minggu lalu.

28,825 kes baru Covid-19, Selangor dan Sabah tertinggi
Kes aktif kini melambung sebanyak 243,342, meningkat 250 peratus berbanding dua minggu lalu.