3.2 juta rakyat Sarawak dahagakan pembangunan

3.2 juta rakyat Sarawak dahagakan pembangunan

Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia. Hampir keseluruhan muka buminya dihuni pelbagai kaum dan etnik merangkumi bandar, pedalaman, bukit-bukau termasuk di lembah sungai-sungai.

Justeru, bukan mudah untuk penduduk dan masyarakat di negeri ini untuk menerokai alam keseluruhan buminya apatah lagi kehadiran orang luar dari Bumi Kenyalang.

Ini ditambah lagi dengan bentuk muka buminya yang diliputi bukit,gunung-ganang lembah-lembah sungai dan hutan tebal,menyukarkan lagi akses untuk menerokai kelibat sebenar budaya kehidupan pribumi di sini.

Bayangkan dengan kapasiti penduduk 3.2 juta yang mendiami seluruh pelusuk tanah besar ini, sesungguhnya cabaran Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan (PH) bukanlah mudah.

Lebih parah apabila kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak ‘sebulu’ dalam pertarungan politik dengan Kerajaan Perseketuan,menyukarkan lagi misi dan harapan pembangunan telus kepada rakyat.

Namun ia bukan alasan. Meski beribu halangan dan dugaan menanti, ternyata impian kerajaan pusat melihat penghuni di Bumi Kenyalang memiliki rangkaian dan akses seperti ‘adik-kakak ‘ di Semenanjung Malaysia akan tetap dilaksanakan.

Buktinya, lihat sahaja kepada pembentangan Belanjawan 2020 seperti yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kelmarin.

Sarawak seharusnyanya bertuah apabila menerima perkhabaran gembira dengan menerima sejumlah RM4.4 bilion bagi melaksanakan pembangunan di negeri ini dan merupakan negeri kedua tertinggi menerima limpahan peruntukan.

Pada 2020,Sarawak akan mendapat peruntukan sebanyak RM32 juta dan digandakan sehingga RM64 juta dalam tempoh lima tahun mendatang.

Ironinya, ini adalah peruntukan yang paling besar diterima oleh rakyat Sarawak sejak 1969.

Bayangkan 50 tahun rejim Kerajaan Barisan Nasional (BN), tidak pernah sekalipun tersemat di hati para pemimpinnya untuk memberikan ‘lebihan’ peruntukan kepada Sarawak sepanjang itu.

Memetik kata-kata Pengerusi AMANAH Sarawak, Mohamad Fidzuan Zaidi yang menyimpulkan bahawa Sarawak ibarat ‘tergadai dan terbiar’ sepanjang tempoh itu.

“Ini adalah kelemahan yang paling nyata ketika era Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah menyemak jumlah peruntukan untuk negeri ini semenjak 1969 sekali gus merupakan kegagalan pihak Kerajaan Negeri pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dahulunya adalah Barisan Nasional Sarawak) untuk membawa keperluan dan suara rakyat Sarawak ke dalam perhatian pihak Kerajaan BN Pusat ketika itu,” kata beliau.

Sebelum semakan, Sarawak hanya menerima sebanyak RM16 juta dalam Pemberian Khas Tahunan daripada Kerajaan Pusat sebelum ini.

Lantas, keperdulian Kerajaan PH untuk membangunkan lanskap Sarawak yang masuk dua tahun pemerintahannya amat dinantikan rakyat khususnya yang mendiami di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Selain Sarawak, rakyat Sabah turut mendapat durian runtuh pada pembentangan Belanjawan 2020 kali ini.

Antara lain yang terkandung di dalam Belanjawan 2020 khususnya kepada Sabah dan Sarawak adalah peruntukan sebanyak RM 1.1 bilion bagi menyokong infrastuktur Taman Industri Samalaju (RM55 juta) di Sarawak dan Presint Industi-Agro di Sabah (RM20 juta).

Ia adalah bagi memastikan tidak berlaku mana-mana rakyat di kedua -dua negeri Borneo ini ketinggalan dalam arus digital.

Untuk ke arah itu, SKMM telah diperuntukkan sebanyak RM250 juta termasuk Sabah dan Sarawak melalui akses jalur lebar teknologi satelit.

Begitu juga dengan pembangunan infrastrutur untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar, Kerajaan PH memperuntukan RM470 juta dan sebahagian daripada peruntukan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang bernilai RM500 juta yang majoriti penerima adalah dari pedalaman Sabah dan Sarawak.

Ternyata strategi Belanjawan 2020 pada kali ini banyak menumpukan kepada peningkatan Belanjawan Pembangunan termasuklah pembangunan jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa. Daripada RM1 billion yang diperuntukan, Sabah menerima peruntukan sebanyak RM326 juta manakala Sarawak menerima RM224 juta

Apa yang pasti, rakyat Sarawak yang dihuni 3.2 juta jiwa amat dahagakan pembangunan seiring seperti yang dikecapi insan lain di muka bumi ini.