3 anggota TLDM direman 7 hari

3 anggota TLDM direman 7 hari

Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kematian dua anggota TLDM di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan, Jumaat lepas.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nur Shaqira Ibrahim mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Terdahulu, ketiga-tiga lelaki berusia 29, 37 dan 44 tahun yang memakai baju lokap itu, tiba di perkarangan Mahkamah Majistret di sini dengan menaiki lori polis kira-kira 8.45 pagi.

Terdahulu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata kematian Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailal Tuiman Mohd Sukri, 26, dipercayai didera.

Beliau berkata berikutan itu polis mengklasifikasikan kematian itu sebagai kes bunuh berdasarkan laporan bedah siasat daripada Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

TLDM dalam kenyataannya semalam, menyatakan Nik Muhammad Baihaqy dan Muhammad Lailal Tuiman meninggal dunia di bilik tahanan itu ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan, pada Jumaat.

Ketika menjalani latihan itu, kedua-dua anggota berkenaan mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum mengalami muntah dan sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada 3.15 petang.

 

CATEGORIES
TAGS