3 calon AMANAH, PSB dan PBK lawan Abang Johari di DUN Gedong

Oleh NASUHA RAHMAN

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan berhadapan tiga calon iaitu dari AMANAH, PSB dan PBK dalam pertandingan empat penjuru di Gedong.

Pegawai Pengurus Pilihanraya turut memaklumkan berlaku tiga penjuru di DUN Bukit Sari yang melibatkan GPS, PBK dan PSB.

Manakala di kerusi DUN Padungan juga menyaksikan saingan empat penjuru dalam PRN -12  Sarawak kali ini, ia melibatkan calon GPS, Datuk Wee Hong Seng; calon DAP, Chong Chieng Jen; calon ASPIRASI, Lina Soo dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Raymond Thong.
Proses penamaan calon yang berlangsung serentak di 82 Dewan Undangan Negeri (DUN) selesai pada pukul 10 pagi ini.
Antara pusat penamaan calon yang menjadi perhatian ramai ialah Gedong yang ditandingi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg-GPS); Padungan (Pengerusi PH-DAP Sarawak, Chong Chien Jen); Bawang Assan (Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Wong Soon Koh); Ba’kelalan (Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian); Beting Maro (calon Pas, Mohamad Arifriazul Paijo) dan Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan).